Terma & Syarat Pakej Bot Premium

1. Tempoh Akses Premium

Tempoh akses Premium adalah berdasarkan pelan yang dipilih semasa pembelian dan bermula dari tarikh pengaktifan.

Bagi pelan Premium bulanan, tempoh akses adalah selama 30 hari (1 bulan) dari tarikh pengaktifan.

Sebagai langkah perlindungan pengguna, sistem kami mungkin memberikan tambahan hari akses secara automatik sekiranya berlaku gangguan teknikal yang berpunca daripada pihak kami. Tambahan ini adalah bersifat budi bicara dan tidak dijamin untuk setiap kes.

Tiada penambahan tempoh akses secara manual akan diberikan selain daripada mekanisme automatik yang disediakan oleh sistem.

2. Proses Pengaktifan

Akaun premium akan diaktifkan selepas bukti pembayaran disahkan oleh admin (dalam masa maksimum 24 jam).

3. Bayaran Tidak Dikembalikan (No Refund)

Semua bayaran adalah muktamad dan tidak akan dikembalikan atas apa jua sebab.
Contoh isu yang tidak layak untuk bayaran balik

Tempoh Premium adalah berdasarkan pelan yang dipilih semasa pembelian. Sebarang tambahan tempoh akses, jika ada, adalah tertakluk kepada mekanisme automatik sistem dan bukan jaminan.

Tiada bayaran balik atau lanjutan manual akan diberikan walaupun berlaku isu teknikal dari pihak kami.

Jika berlaku isu dari pihak Telegram, seperti gangguan server atau API, tiada bayaran balik kerana itu di luar kawalan kami.

Contoh isu: akaun disekat, bot diban, atau servis Telegram terganggu.

4. Bayaran Berganda (Double Payment)

Jika anda tersilap membuat bayaran lebih dari sekali, hubungi kami segera dengan bukti lengkap bagi kedua-dua transaksi.

Setelah disahkan, kami akan pulangkan bayaran lebihan dalam masa 1–3 hari. Tanpa bukti, kami berhak untuk menolak permintaan ini.

5. Penggunaan Akaun Premium

Akaun premium hanya untuk penggunaan peribadi. Tidak dibenarkan berkongsi akses. Akaun yang disalah guna boleh digantung tanpa notis dan tanpa bayaran balik.

6. Perubahan Ciri atau Harga

Pihak admin berhak mengubah ciri, had penggunaan, atau harga Premium pada bila-bila masa. Perubahan hanya terpakai untuk pembelian baharu dan tidak menjejaskan langganan yang sedang aktif.

7. Sokongan Pengguna

Pengguna premium layak menerima sokongan keutamaan dalam waktu operasi yang ditetapkan.

8. Pelanggaran Terma

Sebarang pelanggaran terhadap mana-mana terma boleh menyebabkan akaun dibatalkan tanpa bayaran dikembalikan.

9. Isu Telegram (Di Luar Kawalan Kami)

Kami tidak bertanggungjawab atas:

Tiada bayaran balik akan diberikan untuk isu seperti ini.

10. Isu Infrastruktur (Google Cloud / Hosting)

Masalah mungkin berlaku kerana gangguan pada penyedia infrastruktur seperti:

Kami akan cuba minimumkan gangguan dan maklumkan kepada pengguna. Tiada bayaran balik untuk isu ini, dan tiada pampasan masa tambahan akan diberikan selain daripada mekanisme automatik sistem, jika berkenaan.

11. Polisi Privasi

Sila semak Dasar Privasi kami untuk maklumat lanjut tentang data yang kami simpan dan cara ia digunakan.

Dasar Privasi Pihak Ketiga (Pembayaran)

Kami menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk urusan pembayaran. Semua transaksi tertakluk kepada dasar privasi penyedia masing-masing.

Kami tidak menyimpan sebarang maklumat pembayaran sensitif seperti nombor kad atau akaun bank.

Sila semak dasar privasi mereka di sini:

12. Persetujuan

Dengan membuat pembayaran, anda telah bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan. Kegagalan membaca terma dan syarat tidak membatalkan persetujuan ini.

13. Hubungi Kami

Jika ada soalan tentang pakej premium, sila hubungi kami melalui emel di contact@kakifilem.com.